Thursday, August 27, 2009

aku budak pelupe

hari itu hari puasa ke berape aku tak ingat. tapi aku bersungguh-sungguh menyediakan makanan berbuka puase. aku pun tak pasti aku masak ape. ye, aku pelupe. tapi dalam banyak-banyak perkare yang aku lupe, satu je aku tak lupe - cara masak nasi.

adegan yang tak ingin dilihat:
aku meletakkan 3 cawan beras ke dalam periuk nasi. selepas itu aku basuh-basuh, guling-gulingkan beras dan aku tus airnye. aku ulang beberape kali sehingge air menjadi jernih. lantas aku mengisi air mengikut cita rase aku. "harini nak makan nasi lembik" bisik hatiku. lantas ku lebihkan sedikit air. aku lap-lap punggung periuk dan meletakkan ke dalam ibu periuk nasi tersebut. mereka bersatu. butang "cook" ditekan dan aku berjalan dengan riang ke ruang tamu, memberitahu ibuku yang aku sudah memasak nasi.

30 minit kemudian, aku ke dapur kembali untuk menggodak-godak nasi tersebut supaye mendapat bentuk yang cantik. ye, memasak memerlukan seni. tetapi, sesuatu tidak kena.

........

sambil mengutuk diri sendiri, aku hidupkan suis utama periuk nasi dan berlalu pergi.

aku budak pelupe.

p/s masak nasi tu cube la ikhlas.




No comments: