13 ogos 2009.
aku gembira. aku bakal pulang ke malaysia dan berjumpe ramai orang. aku tiba di lapangan terbang rochester tepat pada pukul 3.30 petang. barisan di kaunter sangat panjang. hampir pukul 4.15 petang, kami diberitahu bahawa penerbangan ke lapangan terbang newark liberty ditangguhkan selama 2 jam akibat ribut di kawasan timur atau begitulah bunyinya. aku berkira-kira, jika penerbanganku dari rochester pada waktu sekian-sekian, pukul berapakah aku bakal tiba di sana? aku fikir masih sempat.
aku menunggu dengan setia dan mukaku yang ketat. jam menghampiri pukul 6 petang. tiada tanda-tanda pesawat mendarat atau berlepas. aku haru. dengan tabah, aku berjalan menghala ke kaunter pertanyaan dan bertanya tentang perkembangan pernerbangan 3247 aku. aku diberitahu bahawa pesawat 3247 yang bakal membawa aku dari rochester ke newark masih berada di newark! aku cuak. apakah ini benar-benar terjadi?
aku meminta diletakkan dalam senarai antara orang terawal yang akan berlepas. aku berjaya masuk senarai itu. mana-mana pesawat yang akan berlepas dahulu akan aku naik. taktik, dengan muka hampir menangis, aku pergi ke arah seorang makcik tua berseluar pendek berbaju biru. aku memberitahu bahawa aku mengejar pesawat ke kuala lumpur pada pukul 10 malam itu juga. dengan kesian, dia memujuk aku.
ikutkan hati, aku mahu bergolek menangis di lantai. aku panik lah! aku bersendiri ketika itu. aku mengambil keputusan untuk mendaftar masuk (check in) ke penerbangan seterusnya melalui web malaysian airlines. terima kasih atas jasamu, zapeyya. fikir aku, mereka tidak boleh meninggalkan aku jika aku sudah mendaftar masuk.
khabar tentang penerbanganku ke newark diterima. aku diletakkan di pesawat 2156 yang dijadualkan berlepas dalam masa 30 minit. aku melihat jam, 7.30 malam. aku panik! lantas berlari diminta dimasukkan ke dalam pesawat serta merta. aku berjaya. dalam pada menunggu penumpang lain memasukkan diri mereka ke dalam pesawat, seorang lelaki bergaya juru terbang pesawat telah bertanya akan namaku. dengan muka separa mahu menangis, aku menjawab dengan penuh sopan dan santun. senyum tidak dilupakan. sedekah, kata orang. kami bercakap-cakap selama beberapa minit yang ku rasa seperti selamanya. kami berpisah apabila beliau berjalan masuk ke dalam kokpit dan aku membelok ke arah tempat dudukku.
aku lihat pas penerbanganku - 1A - wah! sungguh hadapan tempat dudukku, kataku dalam hati. habis meletakkan tas tangan di tempat yang tak sepatutnya, aku duduk sambil termenung. fikiran masih runsing. muka masih separa mahu menangis. acapkali ku lihat jam di tanganku, mengira-ngira masa aku mendarat di sana, dan mengatur strategi untuk berlari ke kaunter MAS di newark. tanpa disedari, sepasang mata melihat gelagat gelabah aku dari awal. lelaki itu.
tatkala aku memandang ke depan, beliau dengan ramah manja, mengenyit mata dan menunjukkan sign "thumb up" kepadaku. dalam tak sedar, aku tersenyum lebar. "ade jugak orang nak flirt dengan minah separa nangis cam aku ni" kataku memujuk diri yang masih gelabah. pandanganku masih tidak beralih pada juru terbang tersebut. baru ku sedar, beliaulah yang aku bercakap-cakap dengan ketika berbaris menunggu giliran masuk pesawat. senyumanku bertambah lebar.
sehingga beberapa minit sebelum kapal terbang bergerak ke arah landasan berlepas, aku bertukar-tukar pandangan dengannya. macam drama tv, aku tahu. tapi ia benar-benar terjadi. aku fikir aku bermimpi. pintu kokpit ditutup. aku tersentap. tapi masih tersenyum dan memandang tingkap luar. aku lupa perasaan jatuh cinta, bisikku. aiceh!
aku tiba di newark tepat pada pukul 8.56 malam. kaunter MAS akan ditutup pada pukul 9.15 malam, merujuk kepada neesun yang bersungguh-sungguh mententeramkan aku ketika aku bercakap dengannya di dalam telefon. aku bangga mempunyai kakak sebegitu tenang ketika adiknya hampir tertinggal.
aku berjaya mengharungi saat-saat mencemaskan. fikir aku ditinggalkan, aku tidak boleh bayangkan. adilah dan aisyah telah menetapkan perjanjian berjumpa pada isnin hari. dan itu adalah satu agenda yang tidak boleh diabaikan.
aku gembira. dan selepas apa terjadi, aku bersedia untuk jatuh cinta lagi. (walaupun tiada kaitan, tapi...whatever korang!)


8 comments:
hahahahah..bengs lah gonggok...kisah yg menyayat hati..awak jgn gusar pasti awak akan jatuh cinta lagi..dgrlah lagu merpati putih by OAG tuh best dow..sesuai utk u..heee;p
awwhh..sgt best that pilot part tuh! hehehe..and sorry, aku tak dpt plak nak tolong ko..glad that u made it!
kalau u ambik gambar dgn abg pilot tu kan best... hahah......
wow abg pilot, mat saleh ea? layan meh...mari jatuh chenta bersama2. hahaha :p
cite ni bleh msk part cerpen tuk buku antologi spm ni huhu
haha nice post..
oiiit, kacak ke x? kalau x aku x approve. hahahahahhh
p e r m i s c u o u s
wey aku punyela bace. lame gile baru masok part yg bkaitan ngan tajok tu. aku dah ar tak suke bace cerpen mahupon novel. penat woo nak mengeja. yeayeayyeah whateveryelatuujangannlagii
Post a Comment