Thursday, September 3, 2009

lagi isu poyo nak mati rase nak sepak

Lagi isu rakyat Indonesia cari pasal.

Semangat 'mengganyang Malaysia' cukup padu di Indonesia. Terkini, berlakunya insiden membakar Jalur Gemilang di Jakarta oleh beberapa rakyat Indonesia yang terlampau. Suke hati nenek dorang.

Jika di Malaysia media massanya menerapkan nilai-nilai positif serta sekalipun tidak memperbesarkan masalah antara dua negara, lain pula keadaannya di Indonesia. Media massa Indonesia memberi laporan negatif tentang Malaysia dengan terdorong oleh semangat nasionalism yang tak kena tempat. Ditambah pula isu tuntutan bertindih kawasan minyak di Laut Sulawesi.

Satu sumber mengatakan bahawa isu-su tersebut telah diperbesarkan oleh pihak-pihak tertentu yang mahu mengalih perhatian rakyat Indonesia dari menentang kenaikan harga bahan api. Politik dunia yang tak sudah. Tapi kenapa Malaysia yang terkena tempias?

Kuman di seberang, boleh nampak pulak. Gajah tercongok depan mata, buat-buat buta.

Kalau nak diikutkan, memang ke sudah Indonesia tak akan maju. Dengan gaya rakyat yang berfikiran negatif. Nasionalism memang lah bagus, tapi biar bertempat. Itu pendapat aku. Macam biasa, ini blog aku. Aku boleh ja nak maki hamun Indonesia. Tapi aku tahu takkan sampai ke mana usaha aku. Ah persetankan semua tu.

Banyak lagi hal rakyat Malaysia nak fikir, selain nak turutkan kepala Indonesia. Kalau dilayan, makin menjadi. Cukup baik dah Malaysia sanggup hulur tangan hulur bantuan ketika Indonesia ditimpa bencana.

Persoalan lain, jelaskah rakyat Malaysia tentang konsep 1Malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan?

Lagi, terdapat cadangan pindaan ISA untuk mengikut corak landskap Malaysia kini. Antara cadangan - tindakan ISA ke atas sesiapa yang mempertikaikan agama Islam sebagai agama rasmi dan hal-hal lain berkaitan Agung dan Raja-raja Melayu.

Mungkin ini demi memenuhi impian Najib? Ye lah, kalau satu negara untuk semua, bayangkan kalau ada yang minta hak sama rata. Itu fikiran aku. Aku tak tahu kamu.

Toodles.



2 comments:

cant tell said...

wah..sejak kebelakangan ini bnyk betul unsur politik atau kewarganegaraan yg diutarakan dlm blog ini.syabas rakan.lain kali i bkk je lah blog u nak taw isu semasa di m'sia..takyah bkk utusan ke harakah ke nan yang sian pau(eh nih surat khabar ape ye..saya main ckp je) ke ape;)

Anna said...

leng, jgn la begitu rakanku yg harubiru ni. aku bace berite membebel2 ni semate-mate nk penuhkan masa lapang yg selapang tiga hektar ni. hehu