ONLINE MEETING kadangkala boleh menimbulkan ribut petir disegenap perasaan emo manusia yang terlibat. kita kena ingat, orang-orang ni, dalam dunia maya lain personaliti, dalam dunia sebenar lain pulak personaliti dia. kerenah tu tak payah cerita lah.
orang kata meeting pukul 6 petang, pukul 6.30 petang baru muncul. tapi kenapa harus lambat 30 menet tu? kalau kebakaran, reti pulak nak lari laju-laju. sebab semua pun ada pemikiran yang sama "ala, kalau aku datang awal, orang lain datang lambat, tak gune gak." betul tak? jangan tipu. aku sendiri pernah fikir camtu.
tapi sampai bila nak simpan attitude ni? patut la melayu susah nak maju. tepuk dada tanya hati masing-masing. aku bukan nak mengkritik, cuma meluahkan perasaan. cuma tak paham kenapa harus 30 menet tapi bukan 30 hari?
sampai kadang-kadang tu, kena tipu orang untuk buat orang datang tepat pada masanya. contoh situasi - presiden mahu buat meeting pada pukul 7 tapi akan disuruh setiausahanya menghantar utusan email bahawasanya meeting adalah pukul 6.30. ini bagi membolehkan rakyat jelata melayu tu datang pukul 7. tak logik!
jangan tipu. aku pernah suruh setiausaha kelab hantar email macam ni rupa. semua benda tak mustahil lah! kalau dah nama manusia, kerenah tu tak usah lah nak cerita. seribu juta satu kerenah kita boleh jumpa.
tak payah nak emo-emo kalau terasa. aku sendiri pernah buat perkara yang sama. amek pengajaran, cuba baiki diri.
sekian.
wasalam.


3 comments:
tp kdg2 kalau meeting utk makan (e.g jamuan hari raya) semua org tiba2 punctual. pelik.
sbb tu lah name die melayu asma, pantang ade makanan, laju je.
salam,
bagus bagus...
keep this thing up...
we need malays who want to move up..
Post a Comment