Monday, May 28, 2012

perancangan

saya memang tidak suka merancang. kerana perancangan yang dibuat oleh manusia boleh berubah. tapi tanpa boleh dielak, saya terus merancang. masalah jika merancang seorang diri adelah jika diri seorang lagi tidak mengikut perancangan yang telah dibuat.

sebab itu saya tidak suka merancang dari kecil. saya hanya ikut peredaran arus masa. ape yang nak jadi, jadi. kalau tak jadi, tiada alasan untuk kecewa atau bersedih. tapi betul, saya tidak pernah merancang masa depan. mungkin sebab itulah saya gagal dalam subjek perancangan hidup 101.

kerana apa diri ini tidak suka membuat perancangan hidup? keputusan yang akan diperolehi di kemudian hari belum tentu adelah keputusan yang sering digambarkan. dari situ boleh datangnya kegembiraan atau kedukaan. dan saya bukanlah seorang yang minat dengan kedukaan. oh, sapa yang suka. benar?

mulai dari sekarang, saya tidak mahu merancang. come what may.



No comments: