saya telah di'tag' oleh azril azizi.
Syarat-syarat :
1. 'Tag' dijawab dalam Bahasa Melayu sahaja.
2. Tag orang yang telah men'tag' anda.
3. Tag orang yg anda mahu tag.
Syarat-syarat :
1. 'Tag' dijawab dalam Bahasa Melayu sahaja.
2. Tag orang yang telah men'tag' anda.
3. Tag orang yg anda mahu tag.
Sila jawab soalan-soalan ini dalam Bahasa Melayu sahaja.
1. Apakah yang anda sedang lakukan 30 minit yang lalu?
Memilih baju untuk dipakai keesokan hari kerana saya mahu pergi memetik ceri di dusun G dan S bersama rakan-rakan. Selepas itu saya berdiri di hadapan cermin dan mengukur perut. Saye sudah turun berat!
2. 2 jam yang lalu?
Saya berada di rumah Aiman dan bermain permainan kumpulan rock sehingga muak.
2. Anda suka (jika anda perasan, bilangan nombor di sini adalah salah tetapi disebabkan saya hanya mengambil ujian ini dari Azril Azizi, maka salahkan lah dia)
Berangan yang saya akan kahwin dengan jejaka kacak seperti pelakon di dalam televisyen itu dan mempunyai anak lelaki dan perempuan, cukup sekadar 2 anak dan kami hidup bahagia di dalam rumah besar di atas bukit.
3. Minggu lepas
Saya ponteng kerja dan menipu bos saya bahawa saya sakit perut padahal saya mahu pergi ke persembahan kumpulan lima.sen.belakang (sila alih bahasa sendiri).
4. Tiga lagu yang boleh anda dengar berulang-ulang kali
"You Belong With Me" - Taylor Swift
"New Divine" - Linkin Park
"Stay" - Safety Suit
(maaf saya tidak tahu mengalih bahasa lagu-lagu tersebut)
5. 3 binatang yang anda tak suka
Lipas
Cacing
Babi
6. 5 fakta tentang anda
Saya suka berangan sehingga mendapat jerawat seketul di dahi kiri
Saya suka berangan tentang masa depan yang belum pasti
Saya suka cari pasal dengan bekas kekasih saya
Saya benci orang perasan kacak atau cantik
Saya pernah pakai gigi besi dan tidak ramai orang mengetahuinya
7. Tahun depan mungkin
juga presiden Obama dibunuh oleh orang-orang yang membencinya. Saya hanya berkata, bukan merancang.
8. Saya tak reti
masak ayam masak merah dengan sedap sekali walaupun sudah dicuba beberapa kali.
9. Saya pandai
memandu dengan laju sehingga 100 batu sejam.
10. Kawan saya
sudah berpunya. Saya? Belum. Kenapa? Adalah.
11. Saya ada
satu jari kaki yang sangat unik sehingga saya suka mengutil ia sehingga sakit kaki saya.
12. Saya seorang
budak perempuan yang masih mencari kebenaran bahawa adakah saya adalah budak lelaki atau budak perempuan. Rakan-rakan lelaki saya selalu sahaja menganggap saya seorang budak lelaki. Saya sungguh keliru.
13. Adik saya
lagi gemuk-gemuk dari saya. Dan saya suka tentang itu. Tapi tak mengapa kerana mereka lelaki. Tetapi mereka gemuk yang tiada lemak berlipat di perut.
14. Saya tak pernah bosan dengan (senaraikan 4)
1. acara pengintipan beramai-ramai di bukumuka
2. menulis di sini
3. makan dengan banyak sehingga perut boncet seketika tetapi akan kempis selepas saya menuju ke tandas
4. bercerita tentang gosip dan isu semasa sambil berbincang dan memberi ulasan terkini
15. Bilakah pertama kali anda bercinta?
Soalan ini telah mengganggu emosi saya.
16. Perkara yang selalu orang tak percaya tentang anda
adalah ketika saya menyatakan bahawa saya pernah bersekolah di sekolah agama dahulu kala. Mereka pasti mengulang "Pao? Sekolah agama?" Mereka sungguh comel saya mahu pukul mereka.
17. Saya rindu
rakan-rakan yang memberi tawa dan cahaya gembira dalam hidup saya di kampus ini.
18. Saya tak sabar
untuk tidur ketika ini.
19. 5 laman yang anda selalu layari:
www.facebook.com
www.youtube.com
www.blogger.com
www.yahoo.com
www.hulu.com
20. Siapa yang anda mahu tag?
Tiada siapa.

No comments:
Post a Comment